UTHM Institutional Repository

Isu-isu kualiti hidup mesyarakat di bandar

Shafii, Haryati (2011) Isu-isu kualiti hidup mesyarakat di bandar. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-66-1

[img]
Preview
PDF
isu2_kualiti_hidup_msyarakat_di_bandar.pdf - Published Version

Download (726kB)

Abstract

Karya suntingan ini telah menumpukan perhatian terhadap isu-isu kualiti hidup yang mencakupi Keselesaan penduduk ke tempat bekerja yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Analisis pencemaran udara (PM 10) di sekitar laluan tapak pembinaan UTHM: kesan ke atas persekitaran dan kualiti hidup penduduk; Pengangkutan di bandar impak terhadap alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat di bandar: satu perspektif umum; Keselesaan di jalan raya mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Pendidikan alam sekitar ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia: isu dan cabaran dan Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Isu-isu kualiti hidup yang mencakupi aspek keselesaan di jalan raya, keselesaan ke tempat bekerja, pendidikan dan modal insan telah dibahas dan dihuraikan dengan begitu menarik dan terfokus bertujuan bukan sahaja sebagai perkongsian ilmu, tetapi yang paling utama adalah sebagai mengisi percambahan ilmu, dalam bidang pengurusan persekitaran. Bab-bab dalam karya ini ditulis dengan selaras dan tepat pada masanya kerana ianya memenuhi kehendak dan isu semasa. Adalah diharapkan karya ini dapat memberi kefahaman, gambaran dan pengetahuan yang jitu kepada mereka yang berminat terhadap isu-isu dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Humanities
Depositing User: Nurhafiza Hamzah
Date Deposited: 28 Mar 2012 00:42
Last Modified: 28 Mar 2012 00:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2167
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year