UTHM Institutional Repository

Kajian kesanggupan pemilik rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam and Miskam, Nurasyikin (2011) Kajian kesanggupan pemilik rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir. In: Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA 2011), 16-17 November 2011, Hotel Vistana, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
Haryati(MATRA2011).pdf

Download (921kB)

Abstract

Bencana banjir yang sering melanda kini telah membawa kerisauan yang serius kepada penduduk yang berisiko. Penduduk sering kali dilanda kebimbangan apabila hujan lebat melanda kawasan tempat tinggal mereka. Kerisauan penduduk bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang keselamatan keluarga, bahkan juga terpaksa memikirkan kerugian yang bakal ditanggung setiap kali berhadapan dengan bencana banjir. Pengurusan banjir yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan ialah merangkumi pengurusan sebelum, semasa dan selepas banjir. Namun begitu, kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir yang melibatkan kerugian harta benda, kematian haiwan ternakan dan tanaman hanya mendapat pampasan yang tidak seberapa daripada pihak berkuasa. Ekoran daripada kejadian banjir yang kerap kali berlaku tanpa mengira masa, jadi kertas kerja ini cuba mengkaji kesanggupan pemilik rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir dengan cara membayar sejumlah wang tertentu sama ada kepada pihak berkuasa atau swasta bagi mengurus/mengelak kejadian banjir daripada berlaku di masa-masa akan datang. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan di empat buah kampung yang biasa mengalami banjir di Pekan Parit Raja, Johor. Pengedaran borang kaji selidik telah dijalankan secara rawak mudah dan diedarkan dari awal Jun hingga akhir Julai 2011. Hasil kajian telah dapat merumuskan bahawa kesanggupan pemilik rumah bersetuju untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir adalah sebanyak 34%, lebih suka bukan pihak kerajaan menguruskan bencana banjir sebanyak 36%, sanggup membeli insuran sebanyak 31% dan menggunakan wang sendiri bagi menguruskan banjir sebanyak 72%. Manakala kesanggupan untuk membayar bagi menguruskan bencana banjir, kajian mendapati sebanyak 57% responden sanggup membayar sebanyak <RM 50.00, 42% responden sanggup membayar sebanyak RM 50.00-150.00 dan 1% responden yang sanggup untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM500.00 bagi membiayai pengurusan banjir dan seterusnya dapat mengurangkan risiko banjir pada masa-masa akan datang. Diharapkan kajian ini menjadi perintis dalam memberikan idea kepada pihak berkepentingan dalam menguruskan banjir pada masa akan datang terutamanya di Daerah Batu Pahat, Johor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: banjir; pemilik rumah; kerugian; mangsa banjir
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 01 Mar 2012 04:47
Last Modified: 21 Jan 2015 08:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2386
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year