UTHM Institutional Repository

Kajian pemindahan haba dalam ruang yang menggunakan siling berpenebat fiber sabut kelapa

Sulaiman, Alinah (2012) Kajian pemindahan haba dalam ruang yang menggunakan siling berpenebat fiber sabut kelapa. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ALINAH_BINTI_SULAIMAN.pdf

Download (3MB)

Abstract

Penebat diperlukan untuk meminimumkan fluks panas melalui bumbung ke persekitaran dalaman rumah untuk mengurangkan suhu, penggunaan tenaga dan memberikan persekitaran yang selesa kepada penghuni. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pemindahan haba di dalam model ruang yang menggunakan siling berpenebat sabut kelapa yang disaluti dengan cat fire-retardant dan mengkaji pemindahan haba di dalam model ruang yang menggunakan siling tanpa penebat sabut kelapa. Selain itu,ianya juga membuktikan keberkesanan sabut kelapa sebagai penebat siling, sekaligus mengurangkan pemindahan haba dari sekitaran ke dalam bangunan. Akhir sekali adalah untuk mencadangkan penambahbaikan rekabentuk siling berpenebat sabut kelapa yang disaluti fire-retardant bagi tujuan pengkomersialan. Dalam penyediaan bahan untuk kajian ini, ianya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyediaan sampel penebat sabut kelapa dan penyediaan dua model ruang. Bagi penyediaan sampel, gentian serabut kelapa akan dirawat secara kimia kemudian disembur dengan cat fire retardant pada keseluruhan permukaan. Setelah selesai, sabut ini akan diletakan pada salah satu model ruang yang berukuran 1.22 m x 1.22 m x 0.5 m dan model kedua adalah tanpa penebat. Kajian dilaksanakan pada jam 9.00 hingga 5.00 petang namun bergantung pada keadaan cuaca. Dua jenis ketebalan penebat yang digunakan iaitu 20 mm dan 40 mm. Kesimpulannya, didapati bahawa dengan menggunakan penebat 20 mm perbezaan suhu maximum di antara bahagian atas siling dan bahagian bawah siling boleh mencecah perbezaan sehingga 9.430C iaitu persamaan dengan 21.28% darjah kejatuhan suhu manakala 40 mm boleh mencecah perbezaan suhu maximum di antara bahagian atas siling dan bahagian bawah siling sehingga 20.870C iaitu persamaan dengan 39.09% darjah kejatuhan suhu.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 May 2012 00:53
Last Modified: 07 May 2012 00:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2389
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year