UTHM Institutional Repository

Mengkaji terma dan sifat-sifat mekanikal siling berpenebat fiber sabut kelapa

Mohammad@Chong Mung Hwa, Nona (2012) Mengkaji terma dan sifat-sifat mekanikal siling berpenebat fiber sabut kelapa. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NONA_BINTI_MOHAMMAD.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji penggunaan serat sabut kelapa sebagai penebat haba siling kediaman. Dalam dua dekad kebelakangan ini, gentian semulajadi telah menerima perhatian sebagai pengganti kepada penguat gentian sintetik seperti gentian kaca di dalam polimer, jut dan sebagainya. Kelebihan gentian semulajadi ialah ianya dapat mengurangkan kos kerana mudah untuk didapati, ketumpatan yang rendah, kekuatan yang boleh diterima pakai, penebat haba yang baik, punca yang boleh di perbaharui dan boleh untuk dikitar semula tanpa menjejaskan alam sekitar. Hasil daripada data yang yang telah diperolehi didapati bahawa serat sabut kelapa sesuai dijadikan sebagai penebat siling kediaman kerana mempunyai nilai penurunan suhu yang agak baik iaitu 23 , nilai ketumpatan 0.6103, nilai kadar penyerapan bunyi 0.6243 iaitu dengan frekunsi bunyi melebihi 4000 Hz dan kadar penyerapan air yang agak rendah iaitu 37%. Keadaan ini menunjukkan bahawa proses rawatan dan penggunaan fire retardant paint dalam kajian ini memainkan peranan yang amat penting kerana kedua-dua faktor ini boleh mempengaruhi keputusan data ujikaji yang diperolehi. Justeru siling berpenebat serat sabut kelapa ini mampu bersaing dengan penebat-penebat siling kediaman yang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Mar 2012 00:43
Last Modified: 13 Mar 2012 00:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2400
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year