UTHM Institutional Repository

M-Learning: isu dan cabaran penggunaan di UPSI

Ahmad Zaki, Nadia Akma and Hanafi, Hafizul Fahri and Abd Wahab, Mohd Helmy M-Learning: isu dan cabaran penggunaan di UPSI. Compilation of Papers 2009 - VOLUME 2.

[img]
Preview
PDF
m-learning_isu_dan_cabaran_2.pdf

Download (359kB)

Abstract

Dunia tanpa sempadan hari ini telah meningkatkan keupayaan teknologi dan inovasi terhadap sumber maklumat. Kemudahan seperti Mobile Learning (mlearning) merupakan satu inovasi dalam teknologi bagi meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran (P&P) di kalangan pelajar dan pendidik. Melalui proses m-learning, sumber pengetahuan yang diperolehi melalui telefon mudah alih dan PDA dapat memudahkan pelajar untuk memperoleh ilmu/sumber maklumat tidak kira di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Walaupun m-learning menjanjikan banyak kelebihan tetapi sebagaimana pelaksanaan teknologi yang lain juga, pengunaan m-learning mempunyai banyak isu dan cabaran yang perlu ditangani sebelum ianya boleh direalisasikan dengan jayanya. Di UPS1 sendiri, penggunaannya masih di peringkat perancangan yang mana objektif penggunaannya adalah untuk memudahkan lagi proses P&P di antara pensyarah dan pelajar. Kertas kerja ini disediakan untuk mengupas isu dan cabaran penggunaan mlearning dalam usaha membantu menyokong proses P&P untuk pelajar dan pensyarah di UPSI. Diharapkan kajian ini dapat memberikan input yang boleh digunakan oleh pihak universiti untuk memastikan pembelajaran secara m-learning dapat dilaksanakan dan seterusnya meningkatkan mutu dan tahap pembelajaran di UPSI.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 May 2012 00:41
Last Modified: 07 May 2012 00:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2488
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year