UTHM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan cd interaktif lukisan isometric terhadap kemahiran visualisasi pelajar

Marian, Mohd Fairuz and Rahim, Mohd Bekri and Abd Baser, Jamil and Tahar, Mohd Salleh Keberkesanan penggunaan cd interaktif lukisan isometric terhadap kemahiran visualisasi pelajar. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
KEBERKESANAN_PENGGUNAAN_CD_INTERAKTIF.pdf

Download (532kB)

Abstract

Bahasa grafik kejuruteraan memerlukan individu yang berketerampilan untuk mampu menterjemah dengan ilmu visualisasi serta kemahiran mentafsir dengan tepat. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran visualisasi di antara jantina berdasarkan kepada penggunaan Cakera Padat Interaktif yang telah dibangunkan. Responden terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan ujian visualisasi pra dan post test PSVT;R dan DAT:SR dijalankan. Data yang dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 dipersembahkan dalam bentuk skor min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berminat menggunakan Cakera Padat Interaktif yang dibangunkan di mana mereka cenderung dengan bentuk lakaran dan gambar, peningkatan kemahiran visualisasi, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran ini. Oleh yang demikian, Cakera Padat Interaktif Lukisan Kejuruteraan yang dibangunkan ini dapat memberikan impak yang positif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya boleh digunapakai sebagai salah satu bahan pengajaran di dalam kelas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: cakera padat interaktif; lukisan kejuruteraan; kemahiran visualisasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 06 Nov 2012 07:01
Last Modified: 31 Oct 2019 06:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year