UTHM Institutional Repository

Meningkatkan amalan keselamatan dalam bengkel kemahiran hidup bersepadu (KHB) melalui konsep REA (risks, effects, & acts)

Osman, Haisa and Hashim, Mohd Noor Meningkatkan amalan keselamatan dalam bengkel kemahiran hidup bersepadu (KHB) melalui konsep REA (risks, effects, & acts). In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
MENINGKATKAN_AMALAN_KESELAMATAN_DALAM_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU.pdf

Download (512kB)

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan amalan keselamatan dalam kalangan murid SMK Elopura Sandakan ketika berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) menggunakan konsep REA (Risks, Effects, & Acts). Konsep ini diketengahkan kerana salah satu punca kemalangan adalah pengabaian amalan keselamatan (Minghat, A. D. & Pandin, I., 2010). Manakala, pengabaian amalan keselamatan pula berpunca daripada kurangnya pengetahuan terhadap risiko hazard, kesan kemalangan, dan langkah selepas berlakunya kemalangan (Rahman, A. M. A. & Wahab, A. M. Z., 2010). Kajian ini menggunakan dua kumpulan sebagai sampel. Kumpulan pertama iaitu kumpulan A terdiri daripada 10 orang murid yang menjadi kumpulan sampel kajian. Manakala, kumpulan kedua iaitu kumpulan B merupakan kumpulan sampel yang dikawal juga terdiri daripada 10 orang murid. Sampel kajian adalah murid tingkatan 3. Konsep REA dilaksanakan ke atas kumpulan A. Data dikumpul berdasarkan bilangan amalan keselamatan yang berjaya dilaksanakan oleh setiap sampel kajian selepas pelaksanaan konsep REA. Amalan keselamatan yang diuji dalam ujian pra dan ujian pos adalah keselamatan dalam bengkel, keselamatan bahan dan alatan, dan kesedaran terhadap risiko hazard persekitaran dengan jumlah soalan sebanyak 40. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan skor sampel, pemerhatian dijalankan. Hasil tinjauan mendapati murid yang diterapkan konsep REA, iaitu Kumpulan A menunjukkan peningkatan mengamalan aspek keselamatan di dalam bengkel KHB sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: risiko; hazard; kemalangan
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ166 Safety measures and devices
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 06 Nov 2012 07:14
Last Modified: 06 Nov 2012 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2565
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year