UTHM Institutional Repository

Pedagogi dalam pengajaran kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional

Warman, Sarebah and Ab Hadi, Yusop and Esa, Ahmad (2011) Pedagogi dalam pengajaran kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
PEDAGOGI_DALAM_PENGAJARAN_KEMAHIRAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH_VOKASIONAL.pdf

Download (268kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan pedagogi dalam pengajaran kemahiran di sekolah menengah vokasional. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri telah melonjakkan kedudukan aliran vokasional dalam sistem pendidikan negara. Transformasi pendidikan vokasional adalah perlu untuk melahirkan gunatenaga terlatih dan berkemahiran untuk memasuki pasaran kerja bagi memenuhi keperluan negara. Untuk melahirkan pelajar yang terlatih dan berkemahiran pelajar perlu mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Sehubungan dengan ini, kaedah pengajaran guru memainkan peranan yang penting. Pada masa ini perbincangan mengenai pedagogi bagi pengajaran kemahiran masih kurang. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pedagogi dalam pengajaran kemahiran yang diamalkan di sekolah menengah vokasional. Antaranya meliputi cara guru membuat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pengajaran kemahiran serta permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh guru serta cara menanngani masalah terbabit. Tiga kaedah pengumpulan data digunakan iaitu temu bual, rujukan dan analisis dokumen terbabit serta tinjauan kepada hasil kerja dan penerokaan kepada proses yang membawa kepada penghasilan kemahiran yang dapat dilihat. Hasil kajian ini akan digunakan untuk mereka bentuk satu model pedagogi pengajaran kemahiran. Adalah diharapkan melalui model ini guru dapat memberi latihan kemahiran mengikut tahap kebolehan pelajar. Model ini juga boleh digunakan oleh agensi latihan kemahiran yang sesuai bagi semua peringkat umur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Nov 2012 01:24
Last Modified: 04 Mar 2013 08:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2567
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year