UTHM Institutional Repository

Keselesaan tempat tinggal untuk kesejahteraan hidup masyarakat di bandar

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam (2012) Keselesaan tempat tinggal untuk kesejahteraan hidup masyarakat di bandar. In: International Environmental & Health Conference, 5 - 7 Jun 2012, Vistana Hotel Penang.

[img]
Preview
PDF
new_2.pdf

Download (2MB)

Abstract

Secara umumnya kualiti hidup penduduk di bandar banyak bergantung kepada ketersampaian mereka untuk berinteraksi dengan kcmudahan di samping aspek-aspek lain seperti keselesaan terma, alam sekitar, sosial, ekonomi, infrastruktur, nilai estetik dan sebagainya. Kesejahteraan tempat tinggal yang digarapkan dalam penulisan ini adalah menjurus dan memfokus bagi melihat aras ketersampaian penduduk kepada kemudahan yang disediakan di persekitaran perumahan boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup penduduk. Terdapat banyak cara yang digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu iaitu berdasarkan penunjuk-penunjuk sosio-ekonomi, seperti pendapatan, pekerjaan, kunjungan ke pusat kesihatan, pendidikan, rekreasi dan estetik. Kajian ini telah menggunakan purata jarak kunjungan sebenar (relatif) bagi menilai aras ketersampaian penduduk kepada kemudahan yang disediakan. Kajian mendapati bahawaa pada umumnya purata jarak kunjungan sebenar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan di lima kawasan kajian iaitu Taman Perumahan di Seksyen I dan Seksyen 2 (Bandar Baru Bangi) dan Taman Kajang Utama, Taman Bukit Mewah dan Taman Sentosa (Bandar Kajang) rata-ratanya adalah tinggi dan baik.Misalnya jarak antara tempat tinggal dengan kemudahan berbelanja, sekolah, stesen pengangkutan dan sosial, menunjukkan bahawa purata jarak kunjungan tidak melebihi 1.0 km. Ini merunjukkan bahawa penduduk di lima stesen kajian mempunyai aras ketersampaian yang tinggt untuk mendapatkan kemudahan tersebut di kawasan tempat tinggal mereka .Ini bermakna indeks ketersampaian penduduk di lima kawasan kajian menunjukkan bahawa kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut adalah baik. Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa semakin rendah purata jarak kunjungan sebenar responden kepada kemudahan maka semakin tinggi kualiti hidup mereka. Manakala sekiranya semakin tinggi purata jarak kunjungan sebenar responden kepada kemudahan, maka semakin rendahlah kualiti hidup penduduk.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: ketersampaian, kesejahteraan masyarakat, tempat tinggal, kemudahan
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 07 Nov 2012 07:51
Last Modified: 07 Nov 2012 07:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2638
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year