UTHM Institutional Repository

Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban.

Mansor, Raziah and Esa, Ahmad (2009) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2009), 7 Mei 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
19._PKPGB_3.pdf

Download (48kB)

Abstract

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Empat aspek yang dikaji adalah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, tahap kepuasan kerja guru-guru, perbezaan gaya kepimpinan di antara guru besar dan hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru-guru. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 136 orang guru dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Seremban. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawaian, Annova dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu demokratik, autokratik dan laissez faire. Bagi tahap kepuasan kerja guru pula berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min 3.705. Berdasarkan dapatan kajian tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di tiga buah sekolah ini. beberapa cadangan diketengahkan bagi meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 31 Jul 2012 04:33
Last Modified: 04 Mar 2013 08:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2710
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year