UTHM Institutional Repository

Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam and Abd Rahman, Zakila Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. In: International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 Mei 2009, Kuantan, Pahang.

[img]
Preview
PDF
A2_Fullpaper_200_Haryati_et_al.pdf

Download (134kB)

Abstract

Pembangunan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula daripada tahun 1957 hingga 2008. Pembangunan di Malaysia menunjukkan ciri-ciri kekuatan yang pelbagai. Walaupun demikian terdapat satu isu kelemahan yang utama, iaitu pembangunan yang dijalankan adalah tidak seimbang antara material dan bukan material. Konsep modal insan yang diterimapakai menekankan pendidikan dan kemahiran perlu diperhalusi dan dilihat semula supaya ianya lebih menyeluruh dan mantap selaras dengan matlamat pembangunan itu sendiri. Pembangunan mampan bukan sahaja boleh diterimapakai dalam agenda pembangunan negara, bahkan boleh diterapkan dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti. Melihat kepada isu dan cabaran dewasa ini sudah pasti modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran sahaja tidak memadai. Modal insan itu sendiri seharusnya dilengkapi dengan nilai-nilai yang murni dan bersikap optimistik. Ini kerana matlamat pembangunan bukanlah untuk tujuan pembangunan (material) semata-mata. Sebaliknya, pertumbuhan adalah cara dan alat untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik bagi manusia dan untuk meningkatkan tamadun manusia

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Modal Insan; Pembangunan; Kualiti Hidup; Berpendidikan; Berkemahiran
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Aug 2012 08:45
Last Modified: 28 Aug 2012 08:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2719
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year