UTHM Institutional Repository

Mod pengangkutan ke sekolah: satu kajian pilihan pelajar-pelajar sekolah menengah di Hulu Langat

Marzuki, Mazdi and Mohamad, Jamilah Mod pengangkutan ke sekolah: satu kajian pilihan pelajar-pelajar sekolah menengah di Hulu Langat. In: Malaysian Universities Transport Research Forum Conference, Disember 2006, Bangi.

[img]
Preview
PDF
17MOD_PENGANGKUTAN_KE_SEKOLAH,_SATU_KAJIAN_PILIHAN_PELAJAR-P.pdf

Download (201kB)

Abstract

Trip sekolah merupakan satu trip wajib yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar pada setiap hari bersekolah. Pelajar menggunakan pelbagai mod pengangkutan untuk melakukan trip sekolah. Kertas kerja ini akan membincangkan corak penggunaan mod pengangkutan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Hulu Langat. Kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di kawasan bandar dan luar bandar di Hulu Langat dengan menggunakan kaedah bancian di dalam kelas yang telah dilakukan pada tahun 2006. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan penggunaan pengangkutan awam adalah paling tinggi terutama oleh pelajar di kawasan luar bandar. Bas sekolah merupakan jenis kenderaan paling kerap digunakan untuk trip sekolah, diikuti dengan mod berjalan kaki dan kereta. Kadar penggunaan kereta dan membonceng motosikal lebih tinggi penggunaannya semasa trip datang ke sekolah dan menurun penggunaannya untuk trip pulang dari sekolah di kedua-dua kawasan di bandar dan luar bandar di Hulu Langat. Peningkatan penggunaan mod berjalan kaki dan bas awam berlaku untuk trip pulang dari sekolah di kedua-dua kawasan di bandar dan luar bandar. Pelajar menengah atas lebih banyak menggunakan motosikal yang dipandu sendiri untuk trip sekolah berbanding pelajar menengah bawah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: mod pengangkutan; trip sekolah; pelajar sekolah menengah; bandar; luar bandar
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Aug 2012 08:40
Last Modified: 28 Aug 2012 08:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2729
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year