UTHM Institutional Repository

Keberkesanan kerja di kalangan pensyarah Politeknik Kulim, Kedah : amalan TQM menentukan prestasi kerja pensyarah

Puteh, Saifullizam and Saad, Muhammad Majdi and Madar, Ahmad Rizal and Abdul Razzaq, Abdul Rasid Keberkesanan kerja di kalangan pensyarah Politeknik Kulim, Kedah : amalan TQM menentukan prestasi kerja pensyarah. In: Seminar Pendidikan JPPG 2005, 2005, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
KEBERKESANAN_KERJA_DI_KALANGAN_PENSYARAH_POLITEKNIK.pdf

Download (298kB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara amalan TQM dengan prestasi kerja pensyarah Politeknik Kulim, Kedah. Kajian ini juga ingin melihat hubungan amalan TQM iaitu penambahbaikan yang berterusan, perubahan budaya, organisasi bertimbal balik, pemasaran dalaman dan profesionalisme & tumpuan pelanggan (Sallis, 1993) dengan prestasi kerja yang dinyatakan oleh Lal et al (1995) iaitu perancangan, siasatan, penyelarasan tugas, penilaian, mewakili, penyeliaan, menyusun penjawatan, pengagihan tugas dan perundingan. Pengaruh komitmen organisasi (komitmen afektif dan komitmen berterusan) dilihat ke atas amalan TQM dalam menentukan prestasi kerja. Kajian ini berbentuk tinjauan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Dapatan kajian dianalisis menggunakan korelasi Pearson dan regresi berganda. Seramai 98 orang pensyarah Politeknik Kulim telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan TQM memberi kesan kepada prestasi kerja pensyarah. Didapati interaksi komitmen organisasi dengan amalan TQM mempengaruhi peningkatan prestasi kerja pensyarah. Dikenal pasti amalan TQM serta interaksi dengan komitmen organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan item prestasi perancangan, prestasi perundingan dan prestasi mewakili. Secara umumnya, sekiranya amalanamalan TQM dan komitmen organisasi diberi perhatian secara langsung akan dapat meningkatkan prestasi kerja pensyarah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2012 03:16
Last Modified: 04 Nov 2019 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2749
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year