UTHM Institutional Repository

Potensi kitar semula dalam industri pembinaan: kajian kes Daerah Batu Pahat, Johor

Shareh Musa, Sharifah Meryam and Shafii, Haryati and Syed Muhammad Zubir, Syarifah Nursyahadilla Potensi kitar semula dalam industri pembinaan: kajian kes Daerah Batu Pahat, Johor. In: The 3rd Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET2009), 20-22 June 2009, Kuantan, Pahang.

[img]
Preview
PDF
553-559.pdf

Download (475kB)

Abstract

Perkembangan pembangunan di Malaysia telah menggalakkan peningkatan penjanaan sisa bahan pembinaan. Isu lebihan bahan binaan di tapak bina dan pengurusannya yang lemah menyebabkan berlakunya pembaziran bahan yang boleh dikitar semula. Objektif kajian adalah untuk mengkaji sisa bahan binaan yang terhasil di tapak bina serta potensi kitar semula dan mengkaji tahap pemahaman kontraktor terhadap program kitar semula. Kajian ini memfokuskan hanya kepada kontraktor kelas A dan B sahaja di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian dijalankan menggunakan kaedah soal selidik dan sejumlah 9 kontraktor telah dipilih sebanai sampel. Hasil kajian menunjukkan bahawa sisa kayu adalah bahan yang paling tinggi dijana dengan nilai min purata sebanyak 3.88, diikuti oleh penjanaan daripada logam besi dan bata dan tong cat adalah masingmasing pada purata min sebanyak 3.33 dan 3.22. Manakala penjanaan bahan fibre adalah paling rendah iaitu dengan nilai min 1.66. Jumlah peratusan bahan yang berpontensi untuk dikitar semula berdasarkan anggaran pihak kontraktor menunjukkan kuntiti penjanaan berada pada tahap ’sederhana’ dan ’banyak’. Hasil kajian terhadap potensi kitar semula menunjukkan majoriti responden faham tentang kitar semula dan bersetuju bahawa jumlah sisa binaan yang dikitar semula membantu mengurangkan sisa binaan di tapak bina. Justeru, dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di tapak pembinaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: potensi; kitar semula; bahan binaan; tapak bina
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD511-780 Sewage collection and disposal systems. Sewerage
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 23 Nov 2012 12:17
Last Modified: 23 Nov 2012 12:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2850
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year