UTHM Institutional Repository

Pendekatan model baru pembangunan usahawan wanita luar bandar bagi tujuan pembasmian kemiskinan

Roddin, Rohayu (2012) Pendekatan model baru pembangunan usahawan wanita luar bandar bagi tujuan pembasmian kemiskinan. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FRGS_0767.pdf

Download (992kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi, faktor-faktor dan masalah-masalah ibu tunggal luar bandar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kemahiran sedia ada, pengalaman, bantuan pemiagaan dan minat bemiaga merupakan aspek potensi yang dikaji. Kajian ini juga mengenalpasti faktor individu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi keinginan ibu tunggal luar bandar untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini dilakukan di negeri Terengganu. Responden kajian adalah seramai 265 orang ibu tunggal yang berdaftar di bawah Kelab Ihu Tunggal Negeri Terengganu. Data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik yang dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati potensi ibu tunggal luar bandar melibatkan diri dalam keusahawanan adalah tinggi dan masalahmasalah yang menghalang penglibatan mereka dapat dikenalpasti, antara masalah utamanya ialah berkaitan modal, pinjaman, lokasi pemiagaan, khidmat nasihat, pengetahuan dan pengangkutan. Dapatan juga menunjukkan faktor individu dan faktor persekitaran mempengaruhi keinginan ibu tunggal luar bandar untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian ini seterusnya telah digunakan untuk membangunkan satu model barn pembangunan usahawan ibu tunggal untuk membantu pihak kerajaan merangka dasar dan trategi bagi menyalurkan bantuan mengikut keperluan golongan ini bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Kajian ini diharapkan dapat membantu membuka jalan yang luas kepada golongan ibu tunggal untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dengan lebih aktif yang seterusnya aapat meningkatkan ekonomi mereka.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2012 03:32
Last Modified: 08 Nov 2012 03:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2877
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year