UTHM Institutional Repository

Factor persekitaran kerja dan kebolehan pelatih yang mempengaruhi keberkesanan sistem latihan dual negara (SLDN)

Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid and Hashim, Jamaluddin and Mohamad, Baharom and Mohamad Nor Saemi, Marzadilahikmah and Ahmad, Azmi (2010) Factor persekitaran kerja dan kebolehan pelatih yang mempengaruhi keberkesanan sistem latihan dual negara (SLDN). In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
FAKTOR_PERSEKITARAN_KERJA_DAN_KEBOLEHAN_PELATIH.pdf

Download (252kB)

Abstract

Perubahan dalam teknologi dan peningkatan pesat kerumitan proses-proses kerja dalam industri-industri Malaysia telah mencipta permintaan baru tenaga kerja mahir, iaitu untuk pekerja berpengetahuan atau "k-workers" dan pekerja berinovatif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungkait antara keberkesanan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan faktor persekitaran kerja dan kemampuan pelatih. Metodologi kajian: Responden yang terlibat adalah seramai lebih kurang 90 orang daripada pelatih SLDN. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Fokus kajian akan ditumpukan kepada institusi-institusi dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan SLDN. Kuantitatif data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi bagi keadaan sebelum dan selepas menjalani latihan. Kajian ini memfokuskan kepada mengenalpasti tahap keberkesanan pemindahan pembelajaran dalam SLDN dari aspek persekitaran kerja dan kebolehan pelatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kebolehan menunjukkan sumbangan tahap keberkesanan pemindahan pembelajaran yang sangat positif dengan purata min sebanyak 4.35 manakala bagi faktor persekitaran kerja adalah di tahap neutral dengan purata min 3.40. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor yang dikenal pasti sebagai faktor yang paling mempengaruhi pemindahan latihan adalah faktor ganjaran positif diri dengan purata min sebanyak 4.9. Kesimpulan: Hasil kajian ini dapat memberi input dan pemahaman tentang tahap pemindahan pembelajaran dalam SLDN. Pengkaji mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh pihak organisasi berkaitan bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan program SLDN.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: keberkesanan program; persekitaran kerja; kebolehan pelatih
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Nov 2012 04:02
Last Modified: 21 Jan 2015 07:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3152
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year