UTHM Institutional Repository

Kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti

Mustafa, Mohamad Zaid and Maznor, Mirdaa and Mohd Salleh, Kahirol and Madar, Ahmad Rizal and Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Ahad, Rosnee (2010) Kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
KOMPETENSI_INTERPERSONAL_DALAM_KALANGAN_MAHASISWA_DI_UNIVERSITI.pdf

Download (728kB)

Abstract

Pada hari ini kemahiran kompetensi interpersonal amat diperlukan dalam kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan dan penguasaan elemen kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat tahap elemen penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal dalam tujuh indikator iaitu kemahiran melatih, kemahiran maklum balas, kemahiran menyoal, kemahiran dalam kumpulan, kemahiran berbincang, kemahiran membuat pembentangan dan kemahiran menulis dengan merujuk kepada Model HRD Pratice Mc Lagan. Seramai 66 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min, susunan mengikut peringkat dan kolerasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran dalam kumpulan yang paling tinggi dalam tahap penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap penerapan elemen kompetensi interpersonal dengan penguasaan elemen kompetensi dalam kalangan pelajar dan tiada hubungan antara tahap penerapan kompetensi dengan latar belakang pendidikan sarjana muda. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kompetensi; kompetensi interpersonal; mahasiswa
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD59-59.6 Public relations. Industrial publicity
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Nov 2012 04:08
Last Modified: 04 Nov 2019 06:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3153
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year