UTHM Institutional Repository

Pembangunan modul pembelajaran bagi sistem kawalan automasi PLC

Abdul Latif, Noradila and Ramli, Rizauddin (2010) Pembangunan modul pembelajaran bagi sistem kawalan automasi PLC. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
PEMBANGUNAN_MODUL_PEMBELAJARAN_BAGI_SISTEM_KAWALAN_AUTOMASI_PLC.pdf

Download (459kB)

Abstract

Di dalam kertas kerja ini, rekabentuk dan pembangunan sistem kawalan pengawal logik boleh aturcara (PLC) telah dihasilkan melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan masalah (PBL). Kertas ini menerangkan rekabentuk sistem kawalan PLC secara ujikaji dan latihan berasaskan kemahiran di makmal dengan berpandukan modul pembelajaran di universiti. Kaedah pembelajaran yang diterapkan diasaskan dengan pembangunan sistem kawalan PLC secara simulasi berkomputer dan secara kemahiran praktikal di makmal. Dengan langkah ini, pengguna baru diajar berkenaan teori, pembinaan rajah tetangga dan pemasangan sistem kawalan PLC untuk menjalankan sistem secara automatik dan aplikasi kerja yang berulang. Penggunaan PLC bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan sistem kerana ia satu peralatan yang serba guna dan efektif untuk melaksanakan sistem kawalan yang kompleks dan fleksibel. Di dalam modul pembelajaran yang dibangunkan ini, sistem kawalan PLC digabungkan dengan sistem pneumatik, komponen-komponen elektrik, elektronik dan sebagainya. Kepelbagaian fungsi komponen-komponen yang digunakan untuk digabungkan dengan sistem kawalan PLC juga dapat mengubahsuai sistem kawalan yang sedia ada bagi menepati keperluan yang dikehendaki.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: PBL; PLC; Modul Pembelajaran
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK2000-2891 Dynamoelectric machinery and auxiliaries
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Engineering Mechanics
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 25 Feb 2013 06:21
Last Modified: 21 Jan 2015 07:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3164
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year