UTHM Institutional Repository

Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di politeknik

Warman, Sarebah and Roddin, Rohayu and Esa, Ahmad and Awang, Halizah and Mohamed, Maziana and Ab Rahman, Azmanirah (2010) Penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di politeknik. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img]
Preview
PDF
PENERAPAN_KEMAHIRAN_KEUSAHAWANAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR.pdf

Download (329kB)

Abstract

Bidang keusahawanan adalah salah satu bidang yang amat penting dalam menjana ekonomi negara. Kini, Kemahiran keusahawanan merupakan titik tambah kepada pelajar dalam membentuk masa depan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat iaitu kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan dan penerapan kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 151 ikorang pelajar semester akhir Diploma Teknologi Maklumat telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini dari tiga buah politeknik iaitu Politeknik Tunku Omar (POU), Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (PTSS). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 11.5). Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan dan penerapan kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya adalah sederhana. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan kemahiran keusahawanan di antara jantina. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus membantu meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 25 Feb 2013 06:53
Last Modified: 04 Mar 2013 07:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3169
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year