UTHM Institutional Repository

Profil kemahiran generik untuk graduan hospitaliti: perspektif pensyarah politeknik

Tan, King Hiyang and Abdul Halim, Nor Hazwin Solehah (2010) Profil kemahiran generik untuk graduan hospitaliti: perspektif pensyarah politeknik. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
8.pdf

Download (287kB)

Abstract

Perkembangan semasa telah meningkatkan permintaan terhadap pekerja perkhidmatan yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Namun, adakah institusi pendidikan menyediakan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan kemahiran generik seperti mana yang diharapkan oleh pihak industri. Kajian ini merupakan kajian lanjutan daripada kajian Goh(2008) dan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada profil kemahiran generik perspektif majikan sektor perhotelan seiring dengan perspektif pensyarah politeknik. Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah set borang soal selidik yang dibangunkan oleh Goh(2008) dan Khalied (2008) untuk pembentukan profil mengikut perspektif sektor perhotelan. Data yang diperolehi dianalisis untuk menentukan profil kemahiran generik mengikut perspektif pensyarah politeknik. Seramai 87 orang pensyarah di empat buah politeknik diipilih sebagai responden. Dapatan kajian yang diperolehi disusun mengikut tahap kepentingan berdasarkan min skor dan sisihan piawai di mana kemahiran kepimpinan (4.54) berada pada tahap kepentingan pertama sementara kemahiran konseptual dan analisis (4.24) berada ditahap terakhir. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif majikan perhotelan dan pensyarah politeknik. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengenalpasti kesan yang mungkin tertimbul daripada perbezaan ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Generik, hospitaliti
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 07 Nov 2012 06:52
Last Modified: 07 Nov 2012 06:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year