UTHM Institutional Repository

Pola kemahiran berfikir aras tinggi marzano berdasarkan dimensi menggunakan pengetahuan bermakna

Yee , Mei Heong and Jailani , Md Yunos and Suzanna, Ibrahim@Sulong and Othman, Widad and Tee , Tze Kiong (2010) Pola kemahiran berfikir aras tinggi marzano berdasarkan dimensi menggunakan pengetahuan bermakna. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
91.pdf

Download (270kB)

Abstract

Aspek kemahiran berfikir khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat penting dalam kalangan pelajar. Jika aspek ini dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu pelajar belajar, seterunya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaki kelemahan diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola KBAT Marzano berdasarkan Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (BBV) di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dimensi ini melibatkan 5 jenis kemahiran iaitu Membuat Keputusan, Menyiasat, Inkuiri Eksperimen, Menyelesaikan Masalah dan Mereka Cipta. Seramai 158 orang pelajar FPTek telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang dimodifikasikan dari Rubrics for Specific Task or Situations Marzano (1993) telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa KBAT Marzano pelajar paling cenderung kepada kemahiran mereka cipta (min = 2.17), diikuti dengan kemahiran inkuiri eksperimen (min = 2.16) dan kemahiran menyiasat (min = 2.01) iaitu pada tahap sederhana. Manakala kemahiran yang paling rendah didapati dalam kalangan pelajar adalah kemahiran membuat keputusan (min = 1.5459), diikuti kemahiran menyelesaikan masalah (min = 1.5934) iaitu berada pada tahap rendah. Berdasarkan ciri-ciri demografi pula, terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kemahiran menyiasat pelajar dengan tahun pengajian (eta = 0.23, p< .05) dan kemahiran mereka cipta dengan tahun pengajian (eta = 0.20, p<.05). Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara status sosioekonomi ke atas kemahiran membuat keputusan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano, Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna, Pendidikan Teknikal.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 07 Nov 2012 06:55
Last Modified: 18 Jan 2016 08:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3184
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year