UTHM Institutional Repository

Cabaran pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

Watisin, Wazli and Mohd Hashim, Mohamad Hisyam (2010) Cabaran pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
994.pdf

Download (162kB)

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak di lapangan kerja sebenar dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki nilai kebolehkerjaan yang tinggi. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, namun di Malaysia ianya baru dilaksanakan pada tahun 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah Kolej Komuniti. Antara masalah yang dihadapi oleh Kolej Komuniti untuk melaksanakan kaedah pembelajaran ini adalah cabaran dari sudut hubungan dua-hala diantara Kolej Komuniti dan pihak industri yang menjalinkan kerjasama untuk melatih pelajar PBK. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program diploma PBK Rekaan Fesyen dan Apparel di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Malaysia. Kajian menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu kaedah pelaksanaan, masalah dalam pelaksanaan dan punca berlakunya masalah tersebut. Methodologi kajian kes kualitatif digunakan dan dilaksanakan di Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) Melaka. Proses pengumpulan data di lapangan kajian dilaksanakan selama setahun menggunakan teknik temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Strategi persampelan variasi maksima, teknik persampelan snowball dan jenis persampelan bertujuan digunakan. Partisipan adalah Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat, pensyarah penyelaras PBK, majikan industri dan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku beberapa kekangan dalam pelaksanaan PBK di KKBB. Kekangan-kekangan ini melibatkan tahap kepakaran yang rendah terhadap program PBK dikalangan pensyarah dan majikan, masalah hubungan dua-hala KKBB dan industri, masalah penilaian, masalah pengurusan dan kadar kemasukan pelajar untuk program PBK kurang memberangsangkan. Antara punca kepada berlakunya masalah tersebut adalah disebabkan individu yang terlibat dengan PBK kurang pengalaman dan pengetahuan dari sudut pelaksanaannya. Berdasarkan dapatan kajian, satu kerangka konseptual kaedah pelaksanaan PBK dicadangkan sebagai panduan pelaksanaan program PBK di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 08 Nov 2012 08:35
Last Modified: 08 Nov 2012 08:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3231
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year