UTHM Institutional Repository

Pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid and Mohd Hashim, Mohamad Hisyam and Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Zainal Abidin, Ramlan Pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
995.pdf

Download (225kB)

Abstract

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah menubuhkan Kolej Komuniti (KK) di setiap negeri. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil untuk mengkaji pelaksanaannya di mana kemungkinan akan dapat membantu agar penubuhannya memberi kesan yang baik kepada komuniti. Tujuan kajian adalah untuk meninjau pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) di kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui dua aspek pendidikan iaitu kaedah penyampaian dalam pengajaran yang diamalkan dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan program PSH. Kolej komuniti di negeri Johor adalah terlibat secara langsung iaitu Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2. Seramai 55 orang tenaga pengajar program PSH dan 306 orang peserta telah dipilih sebagai sampel. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif dan ujian Korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah penyampaian yang digunakan dalam pengajaran program PSH dan hubungan lemah wujud antara kaedah pemilihan dengan faktor pemilihan kaedah pengajaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kolej Komuniti, Penyampaian, Pengajaran, Pelaksanaan, Program Sepanjang Hayat (PSH)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 08 Nov 2012 01:36
Last Modified: 04 Nov 2019 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3233
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year