UTHM Institutional Repository

Penglibatan guru secara aktif meningkatkan penyertaan pelajar menerusi penilaian 10 peratus markah kokurikulum melalui persatuan kemahiran hidup: tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor

Mohd. Sarjan, Fauziah and Mohd. Sarjan, Fatimah and Ghazali, Siti Mizarina and Hashim, Mohd Noor Penglibatan guru secara aktif meningkatkan penyertaan pelajar menerusi penilaian 10 peratus markah kokurikulum melalui persatuan kemahiran hidup: tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
998.pdf

Download (288kB)

Abstract

Penglibatan guru secara aktif akan meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya menambah markah dalam penilaian merit 10 peratus markah kokurikulum. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga meningkat dan menjadi lebih tersusun dengan sistem merit tersebut. Ia memberi impak positif kepada pelajar untuk merebut peluang menyambung belajar ke IPTA dengan lebih bersungguh. Pelajar sememangnya memerlukan guru untuk memimpin mereka dan memantau segala bentuk kegiatan yang mereka jalankan. Tanpa guru, kegiatan kokurikulum sukar dilaksanakan atau kurang memenuhi objektif sasaran. Tugasan ini meninjau penglibatan guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di dalam Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Datin Onn Jaafar Batu Pahat Johor. Manakala penglibatan guru dilihat dari aspek aktif dan yang kurang aktif dalam melakasanakan tugasan mereka. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, pengkaji telah turut mendokumenkan latar belakang, kepentingan, pelaksanaan dan penilaian penglibatan pelajar dalam aktiviti Persatuan Kemahiran Hidup 2010. Rumusan kajian ini berpendapat bahawa penglibatan guru secara aktif penggerak kepada peningkatan penglibatan pelajar sama ada pelajar baik atau lemah dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Seterusnya berjaya mendidik dan membentuk diri pelajar di samping menambah peluang kejayaan belajar ke IPTA.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Aktiviti pelajar, pengalaman luar darjah ,pembelajaran berterusan.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 08 Nov 2012 08:31
Last Modified: 08 Nov 2012 08:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3238
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year