UTHM Institutional Repository

Amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru kejuruteraan

Roddin, Rohayu and Awang, Halizah and Ab. Rahman, Azmanirah Amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru kejuruteraan. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
99992.pdf

Download (262kB)

Abstract

Pendidikan alam sekitar merupakan satu bidang tentang interaksi manusia dengan alam sekitar serta cara manusia menguruskan alam sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik (SMT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk melihat tahap pengetahuan guru terhadap pendidikan alam sekitar, persepsi guru terhadap kepentingan pendidikan alam sekitar dan pengaplikasian pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru kejuruteraan di SMT. Analisis data dibuat dengan menggunakan Program Statistical Packages for Social Sciences Version 12.0 (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan peratusan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati guru mempunyai tahap pengetahuan alam sekitar yang tinggi dengan nilai min 4.05. Guru-guru juga mempunyai persepsi yang baik terhadap kepentingan pendidikan alam sekitar di mana nilai skor min adalah 4.19. Dari segi amalan pengaplikasian pendidikan alam sekitar pula menunjukkan guru mengaplikasikan pendidikan alam sekitar dengan skor min 4.37. Keputusan kajian ini menunjukkan pendidikan alam sekitar memberikan kesan positif dalam kalangan guru.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: alam sekitar amalan pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 08 Nov 2012 08:22
Last Modified: 08 Nov 2012 08:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3244
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year