UTHM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Mangkau, Ivy Deirdre Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). In: Prosiding Seminar Pendidikan Ijazah dalam PTV Kali Ke 2 Tahun 2012, 13 Jun 2012, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
4.pdf

Download (94kB)

Abstract

Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkembangan sosial dengan menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar. Sebagai suatu proses interaktif, pembelajaran yang berkesan dapat memberi peluang pelajar berinteraksi, bekerjasama dan membina keyakinan diri. Apabila pengajaran menjadi menarik dan menyeronokkan, jadi pelajar akan lebih mudah untuk menyalurkan fikiran dan pandangan mereka secara terbuka. Apabila pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan maka ini akan memudahkan seseorang individu dan kelompok melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai satu organisasi atau komuniti. Kemahiran komunikasi yang berkesan sebenarnya memerlukan kesungguhan , pengalaman dan minat terhadap profession atau bidang yang mereka ceburi kelak. Disamping itu dapat meningkatkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar. Secara ringkasnya kajian ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar UTHM. Kemahiran komunikasi yang dikaji meliputi kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran komunikasi intrapersonal dan kemahiran komunikasi bukan lisan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran komunikasi interpersonal;kemahiran komunikasi intrapersonal;kemahiran komunikasi bukan lisan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 08 Mar 2013 03:38
Last Modified: 08 Mar 2013 03:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3268
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year