UTHM Institutional Repository

Aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik

Padil, Suhaili and Esa, Ahmad (2011) Aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik. In: Seminar Pasca Ijazah 2011, 25 Oktober 2011, UTHM.

[img]
Preview
PDF
14._Seminar_Pasca_Ijazah_2.pdf

Download (67kB)

Abstract

Kemahiran insaniah merupakan antara kemahiran penting dalam mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan. Kekurangan maklumat tenaga pengajar serta pengurusan dan pentadbiran politeknik untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang bersesuaian dalam menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu punca kurangnya kemahiran insaniah yang dapat diaplikasikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan bertujuan yang melibatkan 375 orang pelajar dan 260 orang pensyarah dari ketiga-tiga buah politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Jangkaan dapatan kajian mendapati tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di PPD, PKB dan POLISAS berada di tahap sederhana. Pengkaji menggunakan analisis min dan sisihan piawai serta Ujian ANOVA untuk mendapatkan hasil kajian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran insaniah; kaedah pengajaran dan pembelajaran; kejuruteraan awam; kejuruteraan mekanikal; kejuruteraan elektrikal
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Jan 2013 04:43
Last Modified: 04 Mar 2013 07:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3311
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year