UTHM Institutional Repository

Pendidikan Jasmani mentransformasi minda keusahawanan Islam

Mustaffa, Fatimah and Esa, Ahmad (2012) Pendidikan Jasmani mentransformasi minda keusahawanan Islam. In: World Conference on Islamic Thought 2012, 11-12 September 2012, Ipoh, Perak.

[img]
Preview
PDF
Ahmad_Esa_Full_Paper_WCIT_2(ok).pdf

Download (105kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti transformasi minda keusahawanan Islam melalui aktiviti Pendidikan Jasmani bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru (IPG). Penekanan terhadap aspek keusahawanan Islam bakal guru kurang diberi perhatian sehingga timbul keraguan keberkesanan komponen aktiviti pendidikan jasmani apabila timbul isu graduan tidak berkualiti dan kurang menguasai kemahiran keusahawanan Islam. Responden kajian terdiri 60 guru pelatih PISMP semester 5 yang sedang mengikuti pengajian PISMP di IPG. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik. Kesemua data dianalisis menggunakan pakej komputer SPSS versi 15.00 (Statistical Package For Social Sciences) dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati minda keusahawanan Islam guru pelatih IPG berjaya ditransformasi melalui aktiviti pendidikan jasmani dan didapati kompetensi pengajar dalam mengintegrasikan minda keusahawanan dalam pengajaran pendidikan jasmani masih lemah, oleh demikian pengajar perlu diberi latihan dalaman mentransformasi minda keusahawanan dalam pendidikan jasmani.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pendidikan jasmani; minda keusahawanan Islam; Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 15 Jan 2013 06:58
Last Modified: 21 Jan 2015 08:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3321
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year