UTHM Institutional Repository

Instrumen kemahiran generik guru pelatih pendidikan jasmani dan kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia

S.A. Bakar, Syed Muhd Kamal and Esa, Ahmad (2012) Instrumen kemahiran generik guru pelatih pendidikan jasmani dan kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Oktober 2012, Johor Bahru, Johor.

[img] PDF
Seminar_Kebangsaan_Majlis_Dekan_Pendidikan_IPTA_2012._7-9_Oktober_2012._The_Zon_Regency,_Johor_Bahru.pdf

Download (251kB)

Abstract

Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru akan menjadikan mereka guru yang berkualiti yang dapat memastikan agenda kerajaan ke arah menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar kini, pelatih guru termasuklah dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) seharusnya dapat memastikan mereka telah bersedia untuk menghadapinya. Guru PJK yang ingin dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Walau bagaimanapun, dalam sistem latihan guru di Malaysia tidak terdapat instrumen untuk mengukur kemahiran generik guru PJK. Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian untuk mengetahui keupayaan kemahiran generik guru pelatih PJK dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Kajian ini dijalankan kepada guru pelatih PJK di beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. Domain-domain berkaitan kemahiran generik yang perlu ada pada guru PJK di reka bentuk dalam borang soal selidik yang kemudiannya akan dianalisis dengan menggunakan Kaedah Analisis Faktor. Dapatan dalam kajian ini diharap dapat digunakan oleh IPG Malaysia untuk dijadikan instrumen dalam memilih guru pelatih PJK. Pihak IPG juga diharap dapat menggunakannya sebagai input untuk memperbaiki pendekatan dalam menjadikan para bakal guru PJK mempunyai tahap kemahiran generik yang lebih tinggi seterusnya lebih bersedia dan berkeyakinan menghadapi dunia pendidikan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran generik; pendidikan jasmani dan kesihatan; guru pelatih
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 15 Jan 2013 06:34
Last Modified: 21 Jan 2015 08:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3323
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year