UTHM Institutional Repository

Gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar di fakulti pendidikan teknikal

Sabtu, Mohd Faizal and Yee , Mei Heong and Md Yunos, Jailani and Tee , Tze Kiong Gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar di fakulti pendidikan teknikal. In: Prosiding Seminar Pasca Ijazah yang Pertama 2011, 25 Oktober 2011, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2.pdf

Download (212kB)

Abstract

Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi ransangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola Gaya Pembelajaran Kolb dan pola Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 230 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang diterjemah daripada Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (2000) dan Inventori Gaya Berfikir Sternberg-Wagner (1997) telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Data mentah daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis Pemusatan (Converger), diikuti dengan Penyesuaian Diri (Accomodator), Asimilasi (Assimilator) dan Pencapahan (Diverger). Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki (Oligarchy) paling banyak dimiliki oleh pelajat. Ini diikuti dengan bentuk gaya berfikir jenis Monarki (Monarchic), Anarki (Anarchic) dan Hierarki (Hierarchic). Hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg pada keertian, α = .05. Selain itu, keputusan analisis data ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keempat-empat jenis Gaya Pembelajaran Kolb ke atas keempat-empat jenis Bentuk Gaya Berfikir Sternberg

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 07 Mar 2013 08:07
Last Modified: 07 Mar 2013 08:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3326
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year