UTHM Institutional Repository

Kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan di fakulti pendidikan teknikal dari aspek kemudahan dan fasiliti

Mat Nasir, Mohd Faiz and Lee, Ming Foong Kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan di fakulti pendidikan teknikal dari aspek kemudahan dan fasiliti. In: Prosiding Seminar Pasca Ijazah yang Pertama 2011, 25 Oktober 2011, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
3.pdf

Download (111kB)

Abstract

Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja di semua industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar dan staf yang bertindak sebagai pelanggan kepada sesebuah institusi mempunyai kehendak masing-masing perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan serta menentukan perbezaan tahap kepuasan pelanggan dari aspek kemudahan dan fasiliti yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) berdasarkan lima dimensi SERVQUAL iaitu Kebolehpercayaan (Reliability), Jaminan (Assurance),Bukti fizikal (Tangibles), Empati (Empathy), dan Responsif (Responsiveness). Kajian akan melibatkan pelajar dan staf di FPTV yang dipilih secara rawak berstrata. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang kaji selidik akan digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah peratus, frekuensi dan ujian-t dengan menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS). Jangkaan dapatan kajian yang diperolehi adalah tahap kepuasan yang diterima oleh pelanggan serta perbezaan tahap kepuasan yang wujud antara pelajar dan staf FPTV

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB3201 School architecture and equipment. School physical facilities.
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 07 Mar 2013 08:03
Last Modified: 07 Mar 2013 08:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3327
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year