UTHM Institutional Repository

Kesediaan pensyarah terhadap perlaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di kolej komuniti

Ihkasan, Mohd Nor and Md Ab Patah, Nurshahida (2012) Kesediaan pensyarah terhadap perlaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di kolej komuniti. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012, 25-26 September 2012, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan .

[img]
Preview
PDF
Kesediaan_Pensyarah_Terhadap_Perlaksanaan_Pembelajaran.pdf

Download (514kB)

Abstract

Institusi pendidikan berperanan dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insan. Pendidik mahupun pensyarah yang bertindak sebagai pelaksana perlu sentiasa bersedia dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih berkesan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah terhadap perlaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di Kolej Komuniti dari segi kognitif, afektif dan psikomotor serta mengenalpasti hubungan di antara kesediaan kognitif dengan kesediaan psikomotor pensyarah. Responden kajian ini terdiri daripada pensyarah yang mengajar kursus jangka pendek dari 4 buah Kolej Komuniti di Kedah, Johor, Pahang dan Selangor. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert 5 mata. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS version 16.0 dengan melibatkan kekerapan, peratusan, skor min dan korelasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor pensyarah terhadap perlaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di Kolej Komuniti adalah tinggi. Hasil analisis korelasi Spearman yang dibuat juga menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kesediaan kognitif dengan kesediaan psikomotor pensyarah. Walau bagaimanapun, pengkaji telah mencadangkan agar lebih banyak bentuk latihan perlu disediakan untuk meningkatkan kesediaan pensyarah Kolej Komuniti khususnya kesediaan psikomotor dalam memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kesediaan pensyarah; pembelajaran sepanjang hayat; kursus jangka pendek; kognitif; afektif; psikomotor
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 27 Feb 2013 02:46
Last Modified: 21 Jan 2015 08:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3368
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year