UTHM Institutional Repository

Transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional

Warman, Sarebah and Ab Hadi, Mohd Yusop and Esa, Ahmad (2012) Transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CiETVET 2012, 25-26 September 2012, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

[img]
Preview
PDF
TRANSFORMASI_PEDAGOGI_KEMAHIRAN_DI_KOLEJ.pdf

Download (201kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional. Pengumuman transformasi pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri telah melonjakkan kedudukan aliran vokasional dalam sistem pendidikan negara. Transformasi pendidikan vokasional adalah perlu untuk melahirkan gunatenaga terlatih dan berkemahiran bagi memasuki pasaran kerja. Untuk melahirkan gunatenaga yang terlatih dan berkemahiran pelajar perlu mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Sehubungan dengan ini, pedagogi kemahiran guru memainkan peranan yang penting. Walaupun terdapat banyak perbincangan mengenai pedagogi tetapi perbincangan mengenai pedagogi kemahiran masih kurang. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pedagogi kemahiran yang diamalkan di kolej vokasional. Antaranya meliputi cara guru membuat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pedagogi berasaskan kemahiran serta permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh guru serta cara menangani masalah terbabit. Kaedah soalselidik dan temu bual digunakan untuk pengumpulan data. Hasil kajian ini akan digunakan untuk mereka bentuk satu model pedagogi kemahiran. Adalah diharapkan melalui model ini guru dapat memberi latihan kemahiran mengikut kaedah yang sesuai. Model ini juga boleh digunakan oleh agensi latihan kemahiran yang sesuai bagi semua peringkat umur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Feb 2013 07:06
Last Modified: 21 Jan 2015 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3398
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year