UTHM Institutional Repository

Transformasi pembangunan luar bandar: kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat

Miskam, Nurasyikin and Shafii, Haryati (2013) Transformasi pembangunan luar bandar: kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. In: Persidangan Geografi & Alam Sekitar, 5-6 Mei 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

[img]
Preview
PDF
Persidangan_Geografi_&_Alam_Sekitar_1.pdf

Download (1MB)

Abstract

Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu daripada sebuah pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur. Kertas ini mengutarakan transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja telah menunjukkan perubahan dari segi peningkatan taraf pendapatan, pemilikan harta dan kenderaan, pemilikan peralatan moden serta perubahan gaya hidup penduduk setempat. Kesan daripada pertambahan penduduk dan rebakan pembangunan telah memberi kesan positif dan negatif kepada penduduk. Sudut positif yang dilihat apabila jumlah pendapatan penduduk semakin meningkat iaitu hampir sekali ganda berbanding 20 tahun dahulu dengan majoriti responden (53.8%). Pemilikan sesetengah kemudahan dan peralatan rumah menggambarkan kemampuan kuasa membeli responden. Perbandingan kemampuan pemilikan peralatan elektrik penduduk berbanding dari tahun 1990-2009 turut menunjukkan peningkatan. Hasil analisis kajian menunjukkan paling tinggi responden memiliki telefon bimbit adalah sebanyak 66.7%, komputer 39.3% dan melanggan internet 25.6%. Manakala dari sudut negatif yang boleh dikesan adalah berlakunya kemerosotan tahap keselamatan dalam kalangan penduduk serta penurunan kualiti alam sekitar menurut persepsi penduduk setempat. Justeru, transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja, bukan sahaja membawa perubahan positif dari aspek ekonomi bahkan turut menyumbang kepada kemerosotan dalam aspek keselamatan sosial penduduk dan persekitaran fizikal

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: transformasi; luar bandar; kesejahteraan hidup; Pekan Parit Raja
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Mar 2013 04:01
Last Modified: 21 Jan 2015 08:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3550
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year