UTHM Institutional Repository

The study of the propagation of electromagnetic field under a 132kV overhead power lines and its exposure limits on the health of humans

Shahrom, Shazanee (2013) The study of the propagation of electromagnetic field under a 132kV overhead power lines and its exposure limits on the health of humans. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SHAZANEE_bnti_SHAHROM_1.pdf

Download (1MB)

Abstract

Sejak beberapa dekad yang lalu, kebimbangan yang semakin meningkat telah direkodkan di negara-negara perindustrian yang lebih terdedah kepada medan magnet pada frekuensi kuasa (50160 Hz). Tahap kesihatan manusia yang hidup berdekatan dengan talian arus tinggi merupakan satu perkara yang hangat diperbincangkan di media massa. Perbincangan isu ini adalah perlu untuk menyediakan perspektif dan pemahaman yang secukupnya dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, tiada persetujuan umum mengenai had nilai medan elektromagnetik atau arus aruhan yang dihasilkan oleh talian arus tinggi ini terhadap tubuh badan manusia. Objektif projek ini adalah untuk menyiasat dan menyediakan ukuran analisis medan magnet di sekitar Ia dikaji melalui pengiraan medan magnet, B yang menggunakan beberapa undang-undang yang dikenali seperti undang-undang Biot Savart undang-undang Ampere. Daripada persamaan asas yang ada, ia kemudian dipermudahkan untuk membentuk persamaan yang paling ringkas dan paling mudah untuk mendapatkan nilai medan magnet secara teori. Hanya medan magnet yang dikaitkan dengan frekuensi kuasa 50 Hz sahaja digunakan bagi kajian ini. Voltan bagi jenis talian yang diambil kira adalah 132 kV. Pembangunan antara muka pengguna grafik turut dibangunkan bagi membantu proses pengiraan nilai medan magnet. Berdasarkan nilai medan magnet minimum yang telah ditetapkan oleh International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (INCIRP) terhadap manusia, kajian ini telah membuktikan bahawa talian arus tinggi bervoltan 132kV yang terdapat di Malaysia adal tidak membahayakan manusia selagi jarak selamat yang ditetapkan masih dipatuhi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:25
Last Modified: 20 Jun 2016 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3724
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year