UTHM Institutional Repository

Persepsi guru terhadap hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa

Esa, Ahmad and Omar, Zainon (2009) Persepsi guru terhadap hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2009), 7 Mei 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
PKPGB_2_ISBN978-9732963-86-8.pdf

Download (246kB)

Abstract

Jaringan hubungan yang baik dan berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah sekolah. Hubungan istimewa antara pihak sekolah dengan ibu bapa membolehkan pihak sekolah menggunakan peluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Kajian memfokus kepada persepsi guru terhadap jaringan hubungan antara pihak yang terlibat dalam aspek komunikasi. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 274 orang guru dari enam buah sekolah rendah di Pasir Gudang yang berpengalaman dalam urusan dengan ibu bapa. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam aspek komunikasi berada pada tahap tinggi (min - 3.95). Namun dapatan kajian menunjukkan komitmen ibu bapa untuk mengadakan perbincangan mengenai disiplin murid dan memberi pandangan untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum masih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan diketengahkan bagi meningkatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam aspek komunikasi. Hubungan yang padu antara mereka boleh memberikan manfaat yang besar kepada kecemerlangan murid-murid.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: guru;ibu bapa;hubungan
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Date Deposited: 21 May 2013 01:56
Last Modified: 21 May 2013 02:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3839
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year