UTHM Institutional Repository

Kajian alternatif mengurangkan suhu rumah beratap zink di waktu tengahari

Kaamin, Masiri and Ab Rahman, Rosdi and Suwandi, Amir Khan and Kesot, Mohd Jahaya (2013) Kajian alternatif mengurangkan suhu rumah beratap zink di waktu tengahari. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
114_-_Masiri.pdf

Download (1MB)

Abstract

Dalam struktur sebuah rumah, bumbung memainkan peranan penting bagi memastikan rumah berada dalam keadaan yang terlindung dari kesan panas matahari dan air hujan. Kebanyakan rumah di kawasan perkampungan Melayu menggunakan atap zink sebagai bumbung rumah. Keadaan ini kesan dari pengekalan tradisi lampau kerana penggunaan atap genting masih belum dipraktikkan. Dan jika adapun kos atap zink lebih murah berbanding atap genting. Masalah timbul di waktu tengahari kerana peningkatan suhu atap zink meningkat dengan mendadak mengakibatkan bahang panas di dalam rumah menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni rumah. Sifat atap zink sebagai pengalir haba yang baik menyebabkan sesebuah rumah itu cepat sejuk dan cepat panas serentak dengan suhu di luar rumah. Oleh itu air mampu berfungsi sebagai medium yang dapat mengimbangi kadar perubahan suhu yang terlalu cepat supaya melewatkan panas jika suhu luar semakin panas dan mengekalkan cuaca sejuk jika hujan berterusan. Situasi ini membantu menurunkan suhu di dalam rumah. Walaupun pemasangan siling boleh menjadi satu cara yang baik namun kadangkala ia tidak mencukupi untuk mengubah suhu dalam rumah ke tahap yang dikehendaki oleh isi rumah. Justeru itu, kajian alternatif untuk membantu mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kitaran semula air tadahan sebagai agen penyejuk yang dialirkan ke atas atap zink di waktu panas tengahari. Kaedah ini dilakukan dengan menyedut air tadahan naik ke atas bumbung rumah menggunakan pam dan mengalir turun dalam bentuk curahan air yang meratai atap zink ke dalam bekas tadahan air. Sebelum air tersebut dikitar semula, air panas akibat dari cahaya matahari yang memanaskan zink akan melalui kotak kipas penyejuk yang berfungsi sebagai agen penyejuk air yang membantu menurunkan kadar suhu air. Ujian dilakukan dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang dengan mencerap bacaan suhu di dua lokasi bilik rumah yang salah satunya menggunakan curahan air kitaran. Keputusan mendapati kaedah ini dapat menurunkan kadar suhu dalam rumah sehingga 6'C.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: suhu rumah; kitaran air; atap zink
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7018-7725 Installation of household appliances
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 24 Jul 2013 01:03
Last Modified: 21 Jan 2015 07:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3983
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year