UTHM Institutional Repository

Pembinaan keupayaan dalam pelancongan Orang Asli: satu kajian kes dalam komuniti Mah Meri

Roddin, Rohayu and Sultan Sidi, Noor Sharipah (2013) Pembinaan keupayaan dalam pelancongan Orang Asli: satu kajian kes dalam komuniti Mah Meri. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
195_-_Rohayu.pdf

Download (500kB)

Abstract

Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang ingin membincangkan pembinaan keupayaan komuniti Mah Meri dalam Pelancongan Orang Asli. Masalah kemiskinan merupakan isu utama dalam kalangan Orang Asli. Ia turut disokong dengan pelbagai isu yang lain seperti penghijrahan, keterbukaan minda, dan kekurangan pengetahuan. Oleh itu, melihat penglibatan komuniti Orang Asli dalam pelancongan merupakan satu pendekatan yang baru dalam merubah nasib komuniti ini yang sering diistilahkan sebagai komuniti terpinggir, miskin dan mundur. Pelancongan banyak membawa kesan positif terutama kepada komuniti miskin dan pembangunan pelancongan tidak perlu modal yang besar dengan cukup mengembangkan potensi yang ada dalam komuniti tersebut. Ini kerana sumber-sumber pelancongan telah tersedia di sesebuah destinasi seperti keindahan persekitaran. Manakala penduduk tempatan juga berupaya menjadi aset pelancongan yang dapat menarik perhatian pelancong melalui keunikan budaya, adat dan juga cara hidup. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi pengkaji mengambil pengalaman daripada satu komuniti Orang Asli yang berjaya dengan keterbukaan minda mereka terhadap industri pelancongan dengan menjadikan komuniti ini sebagai kajian kes untuk mengetahui pembinaan keupayaan mereka melalui penglibatan dalam Pelancongan Orang Asli. Implikasi kajian ini diharap mampu untuk menjadi inspirasi kepada komuniti Orang Asli yang lain untuk menjadikan aktiviti pelancongan sebagai salah satu peluang kerjaya yang positif selain menyumbang sumber pendapatan sampingan mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pembinaan keupayaan; kemiskinan; pelancongan Orang Asli
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jul 2013 07:53
Last Modified: 21 Jan 2015 07:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3985
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year