UTHM Institutional Repository

Pendidikan vokasional pelajar berkeperluan khas ke arah memenuhi pasaran pekerjaan

Mohamed Yusof, Anizam and Mohd Ali, Manisah and Mohd Salleh, Amla (2013) Pendidikan vokasional pelajar berkeperluan khas ke arah memenuhi pasaran pekerjaan. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
269_-_Anizam.pdf

Download (483kB)

Abstract

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Kajian kes ini cuba untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar berkeperluan khas sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan. Lapan orang guru di sekolah menengah pendidikan khas vokasional telah ditemu bual menggunakan satu set protokol temu bual. Guru yang ditemu bual mempunyai pengalaman lebih lima tahun mengajar pelajar berkeperluan khas di sekolah tersebut. Data temu bual yang diperoleh telah ditranskripsikan dalam bentuk verbatim. Kata kunci atau frasa telah diekstrak, dikelompokkan, dan diterjemahkan dalam bentuk tema. Tema-tema yang timbul adalah kemahiran asas, kemahiran berkaitan dengan pekerjaan, kemahiran interpersonal dan kualiti peribadi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah menerapkan kemahiran kebolehkerjaan (employability) kepada pelajar berkeperluan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepada penyediaan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai berdasarkan kekuatan dan kebolehan pelajar berkeperluan khas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pendidikan vokasional; pelajar berkeperluan khas; kemahiran kebolehkerjaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Jul 2013 09:45
Last Modified: 21 Jan 2015 08:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3988
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year