UTHM Institutional Repository

Penilaian kualiti manual pembelajaran kendiri pengintegrasian gaya pembelajaran Kolb dan kemahiran berfikir aras tinggi Marzano

Yee , Mei Heong and Md Yunos, Jailani and Hassan, Razali and Mohamad, Mimi Mohaffyza and Othman, Widad and Tee , Tze Kiong (2013) Penilaian kualiti manual pembelajaran kendiri pengintegrasian gaya pembelajaran Kolb dan kemahiran berfikir aras tinggi Marzano. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
319_-_YEE_MEI.pdf

Download (638kB)

Abstract

Manual pembelajaran kendiri merupakan satu pendekatan alternatif yang kendiri mengambil kira dan menekankan aspek perbezaan individu, minat dan kemampuan pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kualiti Manual Pembelajaran Kendiri Pengintegrasian Gaya Pembelajaran Kolb dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano dalam kalangan pakar dan pelajar. Dua set borang penilaian kualiti manual yang dimodifikasikan telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Analisis ke atas respon enam orang pakar (kandungan dan reka bentuk) menunjukkan bahawa kesemua 23 item yang berhubung dengan kandungan dan reka bentuk manual berada pada respon memuaskan dan sangat memuaskan. Dalam pada itu, secara umumnya, kesemua 65 orang pelajar juga memberi respon positif ke atas format dan kandungan manual pembelajaran kendiri ini. Berdasarkan maklum balas positif ke atas Manual Pembelajaran Kendiri Pengintegrasian Gaya Pembelajaran Kolb dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano, penyelidik mencadangkan agar manual ini diuji keberkesanannya bagi tujuan penjanaan idea dalam kalangan pelajar teknikal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: penilaian; manual pembelajaran kendiri; gaya pembelajaran Kolb; kemahiran berfikir aras tinggi Marzano; kualiti
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Jul 2013 09:43
Last Modified: 18 Jan 2016 08:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3989
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year