UTHM Institutional Repository

Morfologi dan taburan sedimen di Teluk Wawasan

Md. Ali, Zarina and Tan, Lai Wai and Khalid, Lina Mariana (2013) Morfologi dan taburan sedimen di Teluk Wawasan. In: Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke 4 , 5-6 Mac 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

[img]
Preview
PDF
Morfologi_dan_Taburan_Sedimen_di_Teluk_Wawasan.pdf

Download (2MB)

Abstract

Pantai Johor telah direkodkan mengalami hakisan pada tahun 1986 sebanyak 56.3% (113.7 km). Teluk Wawasan di Batu Pahat merupakan kawasan yang teruk terhakis sehingga kehilangan sebahagian hutan paya bakaunya. Kajian awalan ini dilakukan untuk menentukan morfologi dan taburan sedimen sepanjang pesisiran Teluk Wawasan. Lima belas (15) titik pensampelan telah dikenalpasti bermula dari garisan air surut paling rendah hingga 1 meter ke daratan, sepanjang 2.6 km di pantai Teluk Wawasan. Sampel sedimen telah diambil secara strata pugak dan dianalisis untuk mendapatkan ciri-ciri tanah dan pengkelasan saiz zarah. Menurut pengkelasan USCS, sedimen di Teluk Wawasan boleh disifatkan sebagai tanah liat berkelodak, dengan kandungan organik diantara 3% - 13%. Pekali keseragaman Cu dan kelengkungan Cc menunjukkan gred taburan tidak seragam mempunyai keplastikan yang sangat rendah. Pengangkutan bahan organik dari laut ke daratan menyebabkan kandungan organik tanah meningkat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pantai; morfologi; pengagihan tanah; Teluk Wawasan; strata pugak
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering
Divisions: Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Water and Environmental Engineering
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jul 2013 02:38
Last Modified: 21 Jan 2015 08:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3995
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year