UTHM Institutional Repository

Pandangan warga tua di rumah warga tua: kajian kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru

Sanmargaraja, Shalini and Ta Wee , Seow (2013) Pandangan warga tua di rumah warga tua: kajian kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru. In: Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke 4 , 5-6 Mac 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

[img]
Preview
PDF
PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_WARGA_TUA.pdf

Download (940kB)

Abstract

Populasi warga tua semakin meningkat di seluruh dunia dengan pesat termasuk di Malaysia. Populasi warga tua semakin meningkat hari ke hari dan terdapat banyak halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Kebanyakan suasana persekitaran alam bina tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya tanpa bantuan daripada orang lain. Warga tua yang menarik diri daripada masyarakat selama ini mestilah dibawa semula untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kemurungan yang seterusnya boleh menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Bilangan penghuni yang semakin meningkat menyebabkan fasiliti yang sediada tidak mencukupi. Objektif kertas ini adalah untuk mengkaji penyediaan fasiliti untuk warga tua di rumah warga tua dan mengkaji pandangan penghuni semasa berada di rumah warga tua. Daripada instrumen borang soal selidik, didapati bahawa bilangan penghuni yang bersifat sementara juga menyusahkan pihak pengurus untuk merancang dan menyediakan fasiliti yang baru. Kebanyakan responden berpandangan bahawa mereka berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan. Kesemua responden mencadangkan bahawa adalah baik sekiranya semua fasiliti yang disediakan di kawasan kajian dibaiki dan dilakukan penambaikan untuk menambah bilangan fasiliti yang disediakan supaya fasilitifasiliti ini selaras dengan pertambahan golongan ini di negara kita. Selama ini golongan tua mengharungi kesusahan yang dihadapi dengan bersendirian tanpa bantuan daripada pihak luar. Terdapat juga sebilangan kecil responden menyatakan bahawa pengurus tidak mengambil berat mengenai keperluan penghuni di rumah warga tua yang dikelolakan oleh pihak kerajaan. Cadangan penambahbaikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu reka bentuk luaran dan reka bentuk dalaman serta papan tanda di dalam dan luar bangunan rumah warga tua. Perancangan yang teratur perlu dirancang untuk menempuhi perubahan dalam struktur demografi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: penuaan; halangan; warga tua; rumah orang tua; Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jul 2013 01:45
Last Modified: 21 Jan 2015 08:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3996
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year