UTHM Institutional Repository

Pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar: satu kajian awal

Abdullah, Nurul Hidayah Liew and Shafii, Haryati and Seow , Ta Wee (2013) Pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar: satu kajian awal. In: Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke 4 , 5-6 Mac 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

[img]
Preview
PDF
PENGETAHUAN_DAN_TINGKAH_LAKU_MURID.pdf

Download (211kB)

Abstract

Peranan pendidikan sebagai asas untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti sama ada kurikulum Sains yang diajar di sekolah rendah dapat meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Aspek pengetahuan alam sekitar yang diteliti dalam penulisan ini adalah dengan memfokuskan kepada pengendalian bahan buangan oleh murid tahun 6, di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kruikulum Sains tahun 6. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan murid terhadap alam sekitar adalah tinggi. Namun, pengetahuan murid terhadap alam sekitar dari aspek metode iaitu kaedah penyampaian oleh guru Sains dan kandungan buku teks Sains tahun 6 masih tidak mencukupi untuk murid bertindak secara positif terhadap alam sekitar. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perkaitan antara persepsi dan sikap murid terhadap alam sekitar. Kajian lanjutan disarankan untuk mengkaji pengaruh ibu bapa dalam menentukan keperibadian murid terhadap alam sekitar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pengetahuan; pendidikan alam sekitar; tingkah laku; sikap
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jul 2013 00:00
Last Modified: 21 Jan 2015 07:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3998
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year