UTHM Institutional Repository

Amalan pengurusan risiko sukan pensyarah institusi pendidikan guru Malaysia : proposal kajian

Mustaffa, Fatimah and Esa, Ahmad (2013) Amalan pengurusan risiko sukan pensyarah institusi pendidikan guru Malaysia : proposal kajian. In: International Sports Science Conferance 2013, 24 hingga 26 Jun 2013, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
PDF
1st_UMS_International_Sports_science_Conference_(UMS)_2013.pdf

Download (529kB)

Abstract

Pengurusan risiko penting dalam industri sukan bagi menyedia dan memastikan persekitaran selamat untuk setiap program sukan . Pengurusan risiko sukan bertujuan bagi mengawal , mengelak dan meminimakan risiko kemalangan dan kecederaan. Negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom telah guna pakai model pengurusan risiko yang standard . Ini menunjukkan organisasi yang menawarkan atau melaksanakan program atau aktiviti sukan, model pengurusan risiko sukan sangat penting dan perlu ada satu model yang standard. Walau bagaimana pun institusi pendidikan di Malaysia tiada model amalan pengurusan risiko sukan yang standard yang boleh diguna pakai oleh guru, pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sukan.Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Amalan Pengurusan Risiko Sukan (APRS) Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia . Bagi mengenal pasti komponen APRS , pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan protokal temu bual pakar. Data analisis dokumen dianalisis menggunakan kaedah meta analisis bagi mengenal pasti faktor APRS, manakala data temubual pakar di analisis secara manual menggunakan jadual matriks kekerapan. Analisis keboleh percayaan Cohen Kappa diguna bagi menentukan indeks persetujuan keseluruhan item bagi setiap konstruk amalan pengurusan risiko sukan. Dapatan nilai pekali Kappa secara keseluruhannya adalah 0.82 , iaitu menunjukkan tahap persetujuan yang sangat baik . Hasil dapatan kajian mendapati komponen utama APRS adalah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: amalan; pengurusan risiko; sukan; pensyarah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Date Deposited: 12 Jul 2013 02:14
Last Modified: 12 Jul 2013 02:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4024
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year