UTHM Institutional Repository

Hubungan antara pengajaran mikro dengan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan guru pelatih UTHM

Sindiong@Mohd Sany, Kamilia (2012) Hubungan antara pengajaran mikro dengan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan guru pelatih UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
KAMILIA_SINDIONG@MOHD_SANY.pdf

Download (1MB)

Abstract

Teknik mengamalkan kemahiran pengajaran yang telah dikenal pasti dan diubahsuai mengikut keadaan dinamai ‘pengajaran mikro’. Sehubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerapkan kemahiran-kemahiran pengajaran kepada pelajarnya melalui pengajaran mikro. Kajian ini merupakan satu tinjauan ke atas hubungan antara mata pelajaran pengajaran mikro dengan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan pelajar. Kemahiran-kemahiran yang sedia ada terkandung dalam mata pelajaran pengajaran mikro juga telah dikaji dalam kajian ini. Sampel kajian ini adalah pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM. Saiz sampel adalah sebanyak 99 orang yang telah dipilih untuk menjalani kajian ini. Data yang diperolehi melalui kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 17.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara mata pelajaran pengajaran mikro dan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan pelajar Sarjana PTV, UTHM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Sep 2013 00:46
Last Modified: 03 Sep 2013 00:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4161
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year