UTHM Institutional Repository

Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson

Othman, Maidatulakmal (2012) Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MAIDATULAKMAL_OTHMAN_1.pdf

Download (759kB)

Abstract

Kompetensi adalah kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang mencakupi aspek pengetahuan, keterampilan dan sikap yang didasarkan kepada pengalaman dan pembelajaran yang dilakukan. Kurangnya kemahiran psikomotor dan keterampilan aplikasi merupakan antara masalah yang timbul dalam penilaian tahap kompetensi pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amali berpandukan Domain Psikomotor Simpson, mengenalpasti perbezaan yang wujud terhadap tahap kompetensi berpandukan Domain psikomotor Simpson di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta mengkaji perbezaan yang wujud terhadap tahap kompetensi berpandukan Domain psikomotor Simpson di antara jenis aliran pengajian yang diambil semasa peringkat SPM/SPMV. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dan dipersembahkan melalui analisis secara deskriptif dan inferensi kepada 210 orang pelajar serta temu bual semi-struktur kepada 4 orang pensyarah. Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati tahap kompetensi pelajar adalah pada tahap tinggi iaitu pada aras adaptasi. Keputusan ujian-t yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap tahap kompetensi pelajar dalam melaksanakan kerja amali berpandukan Domain Psikomotor Simpson di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Manakala keputusan ujian ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amali berpandukan Domain Psikomotor Simpson di antara jenis aliran pengajian semasa diperingkat SPM/SPMV.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Sep 2013 02:42
Last Modified: 03 Sep 2013 02:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4162
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year