UTHM Institutional Repository

Pembangunan dan keberkesanan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan pelajar vokasional

Yunus, Nor Izazi (2012) Pembangunan dan keberkesanan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan pelajar vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NOR_IZAZI_YUNUS.pdf

Download (448kB)

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna sekiranya kaedah pengajaran yang kreatif dilaksanakan. Penggunaan peta konsep adalah satu kaedah pengajaran yang kreatif di mana ia dapat meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan serta penggunaannya dapat membantu kerana ianya lengkap dengan gambar, warna dan hubungkait, di mana ia akan lebih mudah untuk diingati dengan hanya membaca sekali imbas sahaja. Kajian ini berkenaan pembangunan dan keberkesanan penggunaan peta kosep ke atas pencapaian mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar vokasional. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi-eksperimen yang menggunakan ujian pra dan pasca ke atas dua kumpulan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Johor. Sampel adalah terdiri daripada 33 orang pelajar untuk kumpulan I dan 33 orang pelajar untuk kumpulan II. Kumpulan I diajar dengan peta konsep secara insani (lakaran) manakala kumpulan II pula diajar dengan peta konsep secara multimedia (slaid Power Point). Instrumen kajian yang digunakan ialah modul peta konsep secara insani (lakaran), modul peta konsep secara multimedia (slaid Power Point), ujian penilaian pra dan pasca dan juga borang soal selidik. Hasil kajian telah mendapati min pencapaian kumpulan II adalah tinggi berbanding dengan kumpulan I. Ini menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep secara multimedia telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran konsep dalam Sejarah berbanding dengan kaedah insani. Dari segi penerimaan pelajar pula, secara keseluruhan menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi terhadap penggunaan peta konsep. Oleh itu, penggunaan peta konsep secara multimedia wajar dipraktikkan untuk mana-mana subjek yang mengandungi konsep dan memerlukan pelajar menguasainya dengan baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 06 Sep 2013 03:02
Last Modified: 06 Sep 2013 03:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4165
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year