UTHM Institutional Repository

Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan untuk pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik tingkatan empat : satu kajian kes kualitatif

Othman, Mazihah (2013) Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan untuk pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik tingkatan empat : satu kajian kes kualitatif. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
mazihah_othman.pdf

Download (350kB)

Abstract

Pembangunan e-bahan instruksional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pendidikan semakin penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pelajar, guru dan kandungan dalam pembangunan e-bahan instrukssional mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 (PKEE). Kajian analisis ini telah dijalankan di 2 buah sekolah menengah teknik. Kaedah pengumpulan data adalah berbentuk temu bual berstruktur. Dalam kajian ini, perisian NVivo versi 10.0 membantu penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan dalam pembangunan e-bahan ini adalah penting untuk pelajar dan guru bagi mata pelajaran PKEE untuk membentuk proses pembelajaran di kalangan pelajar dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Fasa analisis ini adalah terbitan dari model yang dicadangkan iaitu model ADDIE. Namun begitu, kajian ini hanya menekankan kepada fasa analisis sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dan guru memerlukan satu pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran bermodul yang berteknologi. Ini adalah kerana demi memantapkan lagi bahan bantu mengajar di samping dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran kognitif di kalangan pelajar. Adalah dicadangkan kepada pengkaji akan datang untuk melibatkan lebih banyak sekolah menengah teknik sebagai peserta kajian supaya data yang diambil lebih menggambarkan fenomena sebenar bagi keperluan guru, pelajar dan kandungan terhadap pembangunan koswer bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Sep 2013 12:57
Last Modified: 05 Sep 2013 12:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4175
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year