UTHM Institutional Repository

Pelaksanaan program kerjasama institusi-industri di Politeknik Merlimau Melaka

Mohd Salleh , Mohd Kamarul Afandi (2013) Pelaksanaan program kerjasama institusi-industri di Politeknik Merlimau Melaka. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_KAMARUL_AFANDI_MOHD_SALLEH.pdf

Download (783kB)

Abstract

Kerjasama institusi-industri adalah penting dalam pembangunan sistem pendidikan negara. Penglibatan industri dalam bidang pendidikan khususnya dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) adalah amat penting bagi menjamin kebolehpasaran para pelajar dan juga dalam pembangunan kurikulum. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalapasti ciri-ciri kerjasama institusi-industri yang dilaksanakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Rekabentuk kajian ini adalah kajian kes secara tinjauan dengan mengunakan pendekatan secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian menggunakan kaedah soal selidik dan juga kaedah temubual bagi mendapatkan data. Kajian ini dijalankan di PMM dan juga industri dengan mengambil 82 orang sebagai responden. Data-data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Melalui data kajian yang diperolehi mendapati warga kerja PMM dan warga kerja industri berpendapat kerjasama yang dilaksanakan di PMM adalah bercirikan keuntungan (frekuensi = 40&33). Pihak PMM dan industri juga berpendapat latihan pelajar juga merpakan ciri kerjasama yang kerap dilaksanakan di PMM (frekuensi 35&28). Dapatan menunjukkan terdapat pelbagai ciri kerjasama yang dilaksanakan di PMM dan keseluruhannya dapat dilihat ciri kerjasama yang banyak dilaksanakan adalah berkaitan dengan kepentingan pelajar samada dalam pembangunan, latihan dan pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Sep 2013 09:50
Last Modified: 05 Sep 2013 09:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4178
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year