UTHM Institutional Repository

Kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Jaafar, Muhammad Nazri (2013) Kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MUHAMMAD_NAZRI_BIN_JAAFAR.pdf

Download (446kB)

Abstract

Kemahiran berfikir kritis merupakan nilai tambah yang penting bagi seseorang pelajar khususnya pelajar dalam bidang kejuruteraan dalam membantu menempatkan diri di dalam industri berteknologi tinggi. Namun begitu, adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar disebabkan kurang penekanan pemikiran kritis dalam pengajaran oleh pensyarah. Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan berdasarkan penilaian pemikiran kritis Watson-Glaser iaitu membuat inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi dan penilaian hujah. Kajian tinjauan secara pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 104 pelajar semester satu di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science versi 16.0 secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Nilai peratusan dikira bagi menentukan tahap kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar FKEE terhadap kemahiran berfikir kritis berada pada tahap yang baik (64.6%). Analisis inferensi iaitu ANOVA sehala digunakan untuk membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar FKEE mengikut jantina. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis oleh pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah dan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar berada pada tahap yang baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:21
Last Modified: 20 Jun 2016 02:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4181
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year